Pages

Tuesday, October 29, 2013

Anugerah Lawak Warna 2013 Astro Gempak : Sekadar Tercalon



PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)



SUSAN LANKASTER

TAJUK RANCANGAN: KELUARGA ISKANDAR

SCHA AL YAHYA

TAJUK RANCANGAN: JODOH



JASMIN HAMID

TAJUK RANCANGAN: BILA JOYAH MASUK TV

NORKHIRIAH

TAJUK RANCANGAN: MAK SANGGUP

SHEILA MAMBO

TAJUK RANCANGAN: KAMPUNG SEMARAH PADI

> Dimenangi oleh Jasmin Hamid - Bila Joyah Masuk TV (TV9)

Tuesday, August 6, 2013

Telemovie Anugerah Syawal TV3 2013 - RAYA PAK PAK PONG



Assalamualaikum buat semua. Raya nanti jika berkesempatan jomla tonton drama raya saya tampilkan khas buat hiburan anda seisi keluarga

RAYA PAK PAK PONG
Raya Pertama
4 Petang
TV3

Dibintangi Aiman Mentor,Aliff Aziz & Syafie Naswip
Dibantu Jalil Hamid,Sharifah Shahira & Ezlisa Loy
Arahan Keoi
Skrip Zeck(Vion)
Penerbit Eksekutif Muhamad Norazhar
Penerbit Haji Fadzil Teh
Terbitan Zeel Production Sdn Bhd

Sinopsis
Salim Maula, seorang duda mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Anas, Basyir dan Muaz. Salim Maula membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal dunia semasa melahirkan Muaz. Dia memiliki perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini semua anak-anaknya sudah dewasa dan hanya duduk menganggur di rumah kerana malas kerja. Walaupun sudah dewasa namun Pak Salim menjaga mereka seperti budak kecil membuatkan mereka naik lemak. Anas dipanggil ‘Abang’, Basyir dipanggil ‘Adik’ manakala Muaz dipanggil ‘Baby’ oleh Pak Salim. Ramadan yang bakal tiba Pak Salim berharap anak-anaknya berubah. Oleh itu, Pak Salim telah memberikan setiap orang anaknya modal untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya Anas dan Basyir yang menerima tawaran ayah mereka manakala Muaz memberikan alasan ingin memberi tupuan sepenuhnya pada ibadah sepanjang Ramadan ini. Mungkinkah ini titik perubahan bagi ketiga-tiga anak Pak Salim?


Untuk memberi komen sila taip ‪#‎RayaPakPakPong‬ (jarak) diikuti komen. boleh meninggalkan komen di twitter atau facebook atau di blog saya 
http://zeckvion.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan drama saya yang terkini boleh like page
https://www.facebook.com/JomTonton
https://plus.google.com/104794302197400746775/posts




Saturday, June 8, 2013

Telemovie Komedi > Mak Sanggup



Mak Sanggup telah pun berlalu beberapa bulan yang lalu. Sebuah telemovie komedi hasil skrip pertama aku berjaya muncul dikaca tv menemui penonton pada 18 dec 2012 ditv2. Setelah bertahun menanti asyik hantar dan menghantar. Rating tontonan juga meletup lebih sejuta. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd arahan Shafie Gulam Khan Lakonan Noor Khiriah,Fouziah Gous,Azlee Khairi dan Hairi Safwan dibantu oleh Diana Amir,Maimon Mutalib,Ainina Ahmad B,Razali Buyung,dan Sharol Nizam. Bagi yang terlepas bolehlah tonton diyoutube dan beri komen. Akan menghasil lebih banyak drama komedi bagi memberi hiburan yang terbaik buat seluruh penonton rakyat Malaysia