Assalamualaikum buat semua. Raya nanti jika berkesempatan jomla tonton drama raya saya tampilkan khas buat hiburan anda seisi keluarga
RAYA PAK PAK PONG
Raya Pertama
4 Petang
TV3
Dibintangi Aiman Mentor,Aliff Aziz & Syafie Naswip
Dibantu Jalil Hamid,Sharifah Shahira & Ezlisa Loy
Arahan Keoi
Skrip Zeck(Vion)
Penerbit Eksekutif Muhamad Norazhar
Penerbit Haji Fadzil Teh
Terbitan Zeel Production Sdn Bhd
Sinopsis
Salim Maula, seorang duda mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Anas, Basyir dan Muaz. Salim Maula membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal dunia semasa melahirkan Muaz. Dia memiliki perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini semua anak-anaknya sudah dewasa dan hanya duduk menganggur di rumah kerana malas kerja. Walaupun sudah dewasa namun Pak Salim menjaga mereka seperti budak kecil membuatkan mereka naik lemak. Anas dipanggil ‘Abang’, Basyir dipanggil ‘Adik’ manakala Muaz dipanggil ‘Baby’ oleh Pak Salim. Ramadan yang bakal tiba Pak Salim berharap anak-anaknya berubah. Oleh itu, Pak Salim telah memberikan setiap orang anaknya modal untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya Anas dan Basyir yang menerima tawaran ayah mereka manakala Muaz memberikan alasan ingin memberi tupuan sepenuhnya pada ibadah sepanjang Ramadan ini. Mungkinkah ini titik perubahan bagi ketiga-tiga anak Pak Salim?
Untuk memberi komen sila taip #RayaPakPakPong (jarak) diikuti komen. boleh meninggalkan komen di twitter atau facebook atau di blog saya
http://zeckvion.blogspot.com/
Untuk mengetahui perkembangan drama saya yang terkini boleh like page
https://www.facebook.com/JomTonton
https://plus.google.com/104794302197400746775/posts



No comments:
Post a Comment