USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG. Berkesempatan menonton semasa dalam feri ke Langkawi Dec 2013. Pandangan peribadi merasakan ini adalah filem islamik terbaik kerana tiada watak perempuan. Bila tiada watak perempuan sudah pasti lari dari tema cinta dan tiada adengan bersentuhan antara bukan muhrim. Ceritanya simple dua sahabat yang jahil tak solat namun ada hala tuju. Tiada pun scene melompat dalam disko mabuk sampai merangkak dan berkepit dengan awek disko. Disampaikan dalam bentuk komedi yang santai berjaya menarik minat golongan muda dan sampai mesejnya. Seperti amalan sunnah nabi makan dalam talam secara berkongsi yang tak pernah ada dalam drama2 sebelum ini.
Aku pun turut dapat mesej melalui cerita ini berbanding yang lain-lain tak dapat mesej apapun. Mungkin hati masih bebal waktu itu
Ada yang rasa tertipu sebab Ustaz Azhar Idrus hanya muncul scene akhir. Mungkin Ustaz tu tak reti dan tak minat berlakon sepenuhnya.
Ada yang boikot sebab penerbitnya cina. Jangan tengok penerbit tengok isinya. Bagaimana dengan Drama/Filem Islamik yang sedia ada sekarang dimana islamnya?
1 - TAJUK - Cinta Sejadah,Cinta Madinah,Cinta Kaabah,Cinta telekung,jubah,serban dan bermacam lagi yang pasti ada perkataan cinta.
atau tajuk nama watak utama Ustaz/Ustazah...(Nama watak yang islamik) atau AKU BUKAN....(Nama wanita zaman nabi) entah berapa ratus tajuk AKU BUKAN.... Cerita sebeginilah yang aku cuba tampilkan sejak dulu lagi namun gagal menambat hati panel tv entah di mana silapnya.

No comments:
Post a Comment