Pages

Wednesday, August 27, 2025

TENTATIF MERDEKA

Kampung Tanpa Wayar terkenal dengan kampung yang paling maju dan memenangi pelbagai anugerah. Kampung Tanpa Wayar adalah nama gelaran kerana kampung itu yang pertama mendapat peruntukan pemasangan Wi-Fi 5G berkelajuan tinggi dari kerajaan pusat melalui wakil rakyat daerah itu. Nama sebenar kampung itu adalah kampung Hulu Ladong.

Kali ini mereka mula merancang untuk membuat persiapan sambutan merdeka paling dahsyat kerana mahu terus kekal takhta juara. Sepanjang perbincangan sentiasa berlaku perbalahan kerana berbeza ideologi. Pak Daud selaku ketua kampung sentiasa dengan idea lapuk yang dianggap basi oleh golongan muda terutamanya Bakri selaku Ketua Belia Kampung. Berbeza dengan Ghadafi sentiasa setuju dengan Pak Daud yang dikenali sebagai pengampu kerana beliau adalah timbalan ketua kampung. 

"Tak habis-habis idea lapuk asyik buat perarakan pegang bendera pakai baju style orang-orang Melayu zaman sebelum merdeka. Naik basikal tua,malam buat persembahan pentas kisah zaman Jepun' komunis. Tak ada langsung idea baru pembaharuan " Getus Bakri dengan nada marah sambil berborak riuh-rendah di warung Mak Lang Bedah.

"Dah tu kau nak buat apa? Pakai custom superhero bawak bendera Malaysia? Soal Darus.

"Bermacam kita boleh buat. Macam konvoi merdeka, Hiking merdeka pacak bendera Malaysia dengan bendera kampung di puncak gunung tepat jam 12 malam. Buat sukaneka kuiz merdeka dengan hadiah menarik" Jawab Bakri membalas pertanyaan Darus. 

Semua teruja mendengar rasa sangat tertarik dengan idea Bakri. Bakri mula rasa kembang berkepak bila ramai memujinya. 

Semua yang tertarik dengan rancangan Bakri mula rasa teruja untuk berbincang secara terperinci bagi menjayakannya. Melihat ramai yang teruja Bakri mula berlagak sebagai ketua dan bergebang sakan buat susun atur program.

Ditambah pula kehadiran Balqis Elvinson gadis kacukan melayu-jerman cucu Pak Leh yang mahu sambut merdeka di Malaysia. 

Semakin menjadi-jadi Bakri dengan konco-konconya hendak mengorat Balqis untuk ajak hiking bersama. Balqis melayan semua orang kampung begitu baik sekali kerana mahu dirinya sentiasa disenangi semua orang.

Ghadafi pula mula kutip duit orang kampung untuk tempah t-shirt merdeka design khas untuk kampung mereka. Ghadafi mula meradang apabila semua mahu tengok dulu design baru. Setelah ditunjukkan beberapa design. Ghadafi mula panas telinga kerana banyak sangat komen. Antaranya design macam sekolah tadika,design macam hari peladang,design macam skuad amal bagi gelandangan makan.

Ghadafi berjanji akan bayar designer profesional untuk buat design baru yang cantik. Ghadafi menegaskan ini dibuat oleh kedai printing kawannya. Setelah ditunjukkan beberapa pilihan design mereka bersetuju. Timbul pula masalah Ghadafi minta bayaran pre order. Ramai yang membantah namun ada juga yang bersetuju. 

Dalam masa yang sama ketika semua sibuk membuat persiapan menghias kampung untuk sambut merdeka. Bakri bersama konco-konconya merancang hendak pergi meninjau lokasi yang hendak hiking. Supaya nanti lancar tidak menimbulkan sebarang masalah tambahan pula Balqis sudah memberi nama untuk menyertai hiking merdeka.

Setelah persiapan dibuat terdapat lagi kekurangan bekalan bendera untuk digantung jalan. Tambahan pula Pak Daud mahu jemput menteri besar datang menyambut merdeka di kampung itu. 

Puas dicari merata-rata tempat namun semuanya sudah habis stok. Ketika di balai raya Pak Daud sudah pening memikirkan tentang ini. Semua sudah beredar pulang tinggal Balqis dengan Pak Daud. Pak Daud terlihat iklan stok bendera sebuah kedai di Kuala Lumpur masih banyak dan murah.

Lalu Pak Daud membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur memandu keretanya ditemani Balqis. Kerana sudah sudah tidak sempat untuk pos.

Sementara itu Bakri bersama konco-konconya sudah mula masuk hutan hiking untuk meninjau lokasi sebelum memulakan hiking sebenar sehari sebelum merdeka.

Ghadafi pula mula gelabah apabila kawannya tauke printing gagal dihubungi. Duit cengkeram sudah dibayar menggunakan sebahagian duit orang kampung yang membayar termasuk duit simpanannya sendiri dijadikan duit pendahuluan. Ghadafi mula serabut setelah diasak oleh kampung yang membayar.

Bakri dengan konco-konconya mula gelabah kerana tidak jumpa jalan pulang hari semakin gelap. 

Sementara itu Pak Daud dengan Balqis di Kuala Lumpur berdepan masalah besar setelah berjaya memborong stok bendera mereka terkandas dalam sekatan jalan raya apabila kereta Pak Daud cukai jalan tamat tempoh tambah pula terdapat banyak pengubahsuaian enjin yang telah dibuat oleh cucu Pak Daud. Kereta disita dalam operasi besar-besaran Ops Merdeka. 

Pak Daud dengan Balqis pergi mencari tiket bas, ETS, kapal terbang namun semuanya sudah habis. Jadi mereka sewa hotel bilik berasingan.

Pada malam merdeka Ghadafi menghilangkan diri dari orang kampung. Bakri bersama konco-konconya terus melaungkan merdeka dalam hutan.

Pak Daud dengan Balqis pula malam merdeka pergi dataran merdeka naik grab bawak stok bendera kemudian diagih-agihkan kepada orang ramai dan golongan gelandangan. Tanpa sedar aksi mereka dirakam dan viral. Keadaan jadi huru hara apabila netizen salah sangka letak caption warga emas bersama isteri muda kacukan melayu-jerman mengagihkan bendera kepada golongan gelandangan. 

Mengamuk sakanlah Mak Tam Dira bini Pak Daud sebaik viral video itu ditunjukkan oleh budak budak kampung. 

Pada keesokan harinya iaitu hari merdeka sambutan merdeka kampung jadi kelam kabut kerana tiada ketua kampung iaitu Pak Daud yang terkandas di KL bersama Balqis yang mengundang cemburu pemuda kampung. Timbalannya Ghadafi juga menghilangkan diri gagal dihubungi. Ketua belia kampung Bakri bersama konco-konconya juga masih terkandas dalam hutan.

Pak Ya dengan Badrul Badak terpaksa ambil alih tempat ketua kampung dan ketua belia kampung untuk menyambut ketibaan menteri besar menyambut merdeka di kampung itu. Ucapan mereka yang berterabur itu menjadi viral. Teks ucapan telah disediakan oleh Mak Lang Bedah. 

Pada hari itu juga Pak Daud bersama Balqis bersiar-siar sekitar KL melawat muzium negara dan beberapa tempat lagi sambil menceritakan sejarah Malaysia.

Pada keesokan harinya orang kampung melancarkan gerakan mencari Bakri bersama konco-konconya yang dipercayai tersesat dalam hutan.

Berapa hari kemudian viral berita pasukan penyelamat berjaya menemui Bakri bersama konco-konconya yang tersesat dalam hutan. Kisah itu mendapat liputan meluas berita dengan video Bakri diusung pasukan penyelamat kerana mengalami kekejangan otot. 

Ghadafi pula berjaya dikesan kini berada dalam lokap balai polis. Ghadafi ditangkap polis kerana memukul kawannya yang dipercayai tauke printing hingga parah koma. Kini terlantar di hospital dengan tangan bergari kerana dipercayai terbabit beberapa kes penipuan. Ghadafi telah diikat jamin oleh bapanya dan perlu menghadiri perbicaraan nanti.

Beberapa hari kemudian Pak Daud dengan Balqis pulang naik bas dengan begitu gembira sekali namun mengundang marah pada orang kampung terutamanya Mak Tam Dira dan mengundang cemburu pemuda kampung terutamanya Bakri dan Ghadafi. 

Pak Daud menjelaskan perkara sebenar kepada orang kampung. Pak Leh pula sangat percayakan Pak Daud sepenuhnya. Pak Leh menggesa orang kampung hentikan usaha kempen turunkan Pak Daud, Ghadafi dan Bakri. Kerana semua terjadi bukannya sengaja dirancang. Mereka juga mahukan yang terbaik namun sebaliknya terjadi. 

Pak Ya dengan Badrul pun memang dari awal beritahu tidak mahu diri mereka diangkat sebagai ketua kampung ketua belia kampung. Insiden mereka baru ini adalah kerana desakan orang kampung suruh mereka gantikan tempat untuk sambut ketibaan menteri besar.


No comments:

Post a Comment