Ufairah mula terfikir kebiasaannya lelaki diculik perempuan bunian terus kahwin tinggal dialam sana selamanya. Bagaimana pula jika dia ingin bersuamikan lelaki bunian tapi dibawa ke alam sini iaitu alam manusia. Kalau perempuan bunian cantik semestinya lelaki bunian lagi kacak.
Ufairah nekad mahu bersuamikan lelaki bunian. Suatu hari Ufairah bersama dengan 2 orang kawannya Ummu Salmah dan Qasrina pergi berkhemah di sebuah rimba rekreasi untuk tenang fikiran setelah penat bekerja. Tapi hakikatnya Ufairah berharap sangat akan bertemu dengan seorang lelaki bunian kacak untuk dibawa pulang sebagai calon suami.
"Hai harap-harap dapatlah seorang jejaka bunian yang kacak macam hero akasia TV3" Kata Ufairah dengan gembira.
"Kau jangan nak mengarut. Kita dalam hutan ni kot yang lain pula datang" Marah Qasrina.
"Kau yakin ke lelaki bunian tu kacak? Kalau perempuan bunian cantik tu biasalah dengar" Balas Ummu Salmah.
Pada suatu malam sedang asyik mereka unggun api 🔥 sambil berbual bergelak. Ufairah membuat lawak seperti menyeru Putera bunian. Qasrina sangat memarahinya baginya dalam hutan tidak boleh celupar.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena berlaku letupan kuat atas pokok kemudian asap berkepul-kepul. Gedebuk bunyi seperti terjatuh sesuatu. Kelihatan seorang lelaki kerdil berpakaian seperti pahlawan Melayu.
"Hey kamu ni siapa ja?" Sergah Qasrina dengan kasar.
"Hamba Putera Megat Arjuna. Kamu semua ni siapa?" Soal Megat dengan ketakutan.
"Kau ni dari mana ha? Pakai pelik bercakap pelik? Pahlawan Rohingya ke? Tegur Ummu Salmah.
"Hamba dari kerabat diraja bunian dalam sebuah perkampungan di sini. Hamba diusir kerana kemelut perebutan takhta dalam keluarga" Jelas Megat.
"Bunian!!!!" Jerit terkejut serentak mereka bertiga.
Ufairah seakan terpana lain yang dipinta yang sampai. Hendak tinggalkan begitu saja bimbang terkena sumpahan bunian. Ufairah tiada pilihan keesokannya semasa hendak pulang terpaksa bawa Megat ikut bersama.
Berlaku kekecohan dalam rumah Ufairah kerana menyangka Megat adalah jelmaan hantu 👻 air. Ufairah membawa Megat membeli pakaian baru. Ufairah dilihat seakan-akan terpaksa membela Megat. Pergi pejabat syarikat milik bapanya juga dibawa Megat. Megat dijadikan bahan lawak oleh budak budak pejabat.
Lama kelamaan Ufairah mula nampak kebaikan Megat setelah melihat Megat berjaya menyelamatkan dirinya dari dianiaya oleh musuh niaga bapanya. Haraz Hamidun mula rasa tidak senang dan tercabar mula melakukan bermacam-macam perkara namun semuanya berjaya dihalang oleh keluarga Megat yang memerhati dari jauh.
Ufairah tekad mahu segerakan perkahwinan dengan Megat. Pada hari akad nikah Haraz Hamidun mula mengatur rancangan jahat namun dapat habuan oleh bapa Megat iaitu Haraz Hamidun tercirit berak dalam seluar dikhalayak ramai.
Pernikahan Megat dengan Ufairah dibatalkan bapanya datang untuk membawa pulang kerana Megat tiada MyKad untuk bernikah dengan Ufairah. Berbeza lelaki manusia boleh bernikah dengan perempuan bunian kerana tidak perlukan MyKad dan wali. Sebab itulah perempuan manusia tidak pernah diculik oleh lelaki bunian kerana masalah wali.
No comments:
Post a Comment