Pages

Wednesday, August 27, 2025

TENTATIF MERDEKA

Kampung Tanpa Wayar terkenal dengan kampung yang paling maju dan memenangi pelbagai anugerah. Kampung Tanpa Wayar adalah nama gelaran kerana kampung itu yang pertama mendapat peruntukan pemasangan Wi-Fi 5G berkelajuan tinggi dari kerajaan pusat melalui wakil rakyat daerah itu. Nama sebenar kampung itu adalah kampung Hulu Ladong.

Kali ini mereka mula merancang untuk membuat persiapan sambutan merdeka paling dahsyat kerana mahu terus kekal takhta juara. Sepanjang perbincangan sentiasa berlaku perbalahan kerana berbeza ideologi. Pak Daud selaku ketua kampung sentiasa dengan idea lapuk yang dianggap basi oleh golongan muda terutamanya Bakri selaku Ketua Belia Kampung. Berbeza dengan Ghadafi sentiasa setuju dengan Pak Daud yang dikenali sebagai pengampu kerana beliau adalah timbalan ketua kampung. 

"Tak habis-habis idea lapuk asyik buat perarakan pegang bendera pakai baju style orang-orang Melayu zaman sebelum merdeka. Naik basikal tua,malam buat persembahan pentas kisah zaman Jepun' komunis. Tak ada langsung idea baru pembaharuan " Getus Bakri dengan nada marah sambil berborak riuh-rendah di warung Mak Lang Bedah.

"Dah tu kau nak buat apa? Pakai custom superhero bawak bendera Malaysia? Soal Darus.

"Bermacam kita boleh buat. Macam konvoi merdeka, Hiking merdeka pacak bendera Malaysia dengan bendera kampung di puncak gunung tepat jam 12 malam. Buat sukaneka kuiz merdeka dengan hadiah menarik" Jawab Bakri membalas pertanyaan Darus. 

Semua teruja mendengar rasa sangat tertarik dengan idea Bakri. Bakri mula rasa kembang berkepak bila ramai memujinya. 

Semua yang tertarik dengan rancangan Bakri mula rasa teruja untuk berbincang secara terperinci bagi menjayakannya. Melihat ramai yang teruja Bakri mula berlagak sebagai ketua dan bergebang sakan buat susun atur program.

Ditambah pula kehadiran Balqis Elvinson gadis kacukan melayu-jerman cucu Pak Leh yang mahu sambut merdeka di Malaysia. 

Semakin menjadi-jadi Bakri dengan konco-konconya hendak mengorat Balqis untuk ajak hiking bersama. Balqis melayan semua orang kampung begitu baik sekali kerana mahu dirinya sentiasa disenangi semua orang.

Ghadafi pula mula kutip duit orang kampung untuk tempah t-shirt merdeka design khas untuk kampung mereka. Ghadafi mula meradang apabila semua mahu tengok dulu design baru. Setelah ditunjukkan beberapa design. Ghadafi mula panas telinga kerana banyak sangat komen. Antaranya design macam sekolah tadika,design macam hari peladang,design macam skuad amal bagi gelandangan makan.

Ghadafi berjanji akan bayar designer profesional untuk buat design baru yang cantik. Ghadafi menegaskan ini dibuat oleh kedai printing kawannya. Setelah ditunjukkan beberapa pilihan design mereka bersetuju. Timbul pula masalah Ghadafi minta bayaran pre order. Ramai yang membantah namun ada juga yang bersetuju. 

Dalam masa yang sama ketika semua sibuk membuat persiapan menghias kampung untuk sambut merdeka. Bakri bersama konco-konconya merancang hendak pergi meninjau lokasi yang hendak hiking. Supaya nanti lancar tidak menimbulkan sebarang masalah tambahan pula Balqis sudah memberi nama untuk menyertai hiking merdeka.

Setelah persiapan dibuat terdapat lagi kekurangan bekalan bendera untuk digantung jalan. Tambahan pula Pak Daud mahu jemput menteri besar datang menyambut merdeka di kampung itu. 

Puas dicari merata-rata tempat namun semuanya sudah habis stok. Ketika di balai raya Pak Daud sudah pening memikirkan tentang ini. Semua sudah beredar pulang tinggal Balqis dengan Pak Daud. Pak Daud terlihat iklan stok bendera sebuah kedai di Kuala Lumpur masih banyak dan murah.

Lalu Pak Daud membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur memandu keretanya ditemani Balqis. Kerana sudah sudah tidak sempat untuk pos.

Sementara itu Bakri bersama konco-konconya sudah mula masuk hutan hiking untuk meninjau lokasi sebelum memulakan hiking sebenar sehari sebelum merdeka.

Ghadafi pula mula gelabah apabila kawannya tauke printing gagal dihubungi. Duit cengkeram sudah dibayar menggunakan sebahagian duit orang kampung yang membayar termasuk duit simpanannya sendiri dijadikan duit pendahuluan. Ghadafi mula serabut setelah diasak oleh kampung yang membayar.

Bakri dengan konco-konconya mula gelabah kerana tidak jumpa jalan pulang hari semakin gelap. 

Sementara itu Pak Daud dengan Balqis di Kuala Lumpur berdepan masalah besar setelah berjaya memborong stok bendera mereka terkandas dalam sekatan jalan raya apabila kereta Pak Daud cukai jalan tamat tempoh tambah pula terdapat banyak pengubahsuaian enjin yang telah dibuat oleh cucu Pak Daud. Kereta disita dalam operasi besar-besaran Ops Merdeka. 

Pak Daud dengan Balqis pergi mencari tiket bas, ETS, kapal terbang namun semuanya sudah habis. Jadi mereka sewa hotel bilik berasingan.

Pada malam merdeka Ghadafi menghilangkan diri dari orang kampung. Bakri bersama konco-konconya terus melaungkan merdeka dalam hutan.

Pak Daud dengan Balqis pula malam merdeka pergi dataran merdeka naik grab bawak stok bendera kemudian diagih-agihkan kepada orang ramai dan golongan gelandangan. Tanpa sedar aksi mereka dirakam dan viral. Keadaan jadi huru hara apabila netizen salah sangka letak caption warga emas bersama isteri muda kacukan melayu-jerman mengagihkan bendera kepada golongan gelandangan. 

Mengamuk sakanlah Mak Tam Dira bini Pak Daud sebaik viral video itu ditunjukkan oleh budak budak kampung. 

Pada keesokan harinya iaitu hari merdeka sambutan merdeka kampung jadi kelam kabut kerana tiada ketua kampung iaitu Pak Daud yang terkandas di KL bersama Balqis yang mengundang cemburu pemuda kampung. Timbalannya Ghadafi juga menghilangkan diri gagal dihubungi. Ketua belia kampung Bakri bersama konco-konconya juga masih terkandas dalam hutan.

Pak Ya dengan Badrul Badak terpaksa ambil alih tempat ketua kampung dan ketua belia kampung untuk menyambut ketibaan menteri besar menyambut merdeka di kampung itu. Ucapan mereka yang berterabur itu menjadi viral. Teks ucapan telah disediakan oleh Mak Lang Bedah. 

Pada hari itu juga Pak Daud bersama Balqis bersiar-siar sekitar KL melawat muzium negara dan beberapa tempat lagi sambil menceritakan sejarah Malaysia.

Pada keesokan harinya orang kampung melancarkan gerakan mencari Bakri bersama konco-konconya yang dipercayai tersesat dalam hutan.

Berapa hari kemudian viral berita pasukan penyelamat berjaya menemui Bakri bersama konco-konconya yang tersesat dalam hutan. Kisah itu mendapat liputan meluas berita dengan video Bakri diusung pasukan penyelamat kerana mengalami kekejangan otot. 

Ghadafi pula berjaya dikesan kini berada dalam lokap balai polis. Ghadafi ditangkap polis kerana memukul kawannya yang dipercayai tauke printing hingga parah koma. Kini terlantar di hospital dengan tangan bergari kerana dipercayai terbabit beberapa kes penipuan. Ghadafi telah diikat jamin oleh bapanya dan perlu menghadiri perbicaraan nanti.

Beberapa hari kemudian Pak Daud dengan Balqis pulang naik bas dengan begitu gembira sekali namun mengundang marah pada orang kampung terutamanya Mak Tam Dira dan mengundang cemburu pemuda kampung terutamanya Bakri dan Ghadafi. 

Pak Daud menjelaskan perkara sebenar kepada orang kampung. Pak Leh pula sangat percayakan Pak Daud sepenuhnya. Pak Leh menggesa orang kampung hentikan usaha kempen turunkan Pak Daud, Ghadafi dan Bakri. Kerana semua terjadi bukannya sengaja dirancang. Mereka juga mahukan yang terbaik namun sebaliknya terjadi. 

Pak Ya dengan Badrul pun memang dari awal beritahu tidak mahu diri mereka diangkat sebagai ketua kampung ketua belia kampung. Insiden mereka baru ini adalah kerana desakan orang kampung suruh mereka gantikan tempat untuk sambut ketibaan menteri besar.


Monday, August 25, 2025

TERUNA KAYANGAN

Ufairah gadis cantik yang memiliki kerjaya yang bagus di kota raya. Namun masih belum menemui cinta sejati apatah lagi jodoh. Haraz Hamidun jejaka yang perasan kacak tapi rupa tikus bendang masih tidak berputus asa sentiasa berusaha memilki cinta Ufairah. Namun gagal kerana sikapnya yang masih tidak berubah iaitu seorang yang cerewet dalam semua perkara. Membuatkan Ufairah rasa membosankan apatah lagi langsung tidak yakin yang Haraz boleh masuk bersama keluarganya.

Ufairah mula terfikir kebiasaannya lelaki diculik perempuan bunian terus kahwin tinggal dialam sana selamanya. Bagaimana pula jika dia ingin bersuamikan lelaki bunian tapi dibawa ke alam sini iaitu alam manusia. Kalau perempuan bunian cantik semestinya lelaki bunian lagi kacak. 

Ufairah nekad mahu bersuamikan lelaki bunian. Suatu hari Ufairah bersama dengan 2 orang kawannya Ummu Salmah dan Qasrina pergi berkhemah di sebuah rimba rekreasi untuk tenang fikiran setelah penat bekerja. Tapi hakikatnya Ufairah berharap sangat akan bertemu dengan seorang lelaki bunian kacak untuk dibawa pulang sebagai calon suami. 

"Hai harap-harap dapatlah seorang jejaka bunian yang kacak macam hero akasia TV3" Kata Ufairah dengan gembira.

"Kau jangan nak mengarut. Kita dalam hutan ni kot yang lain pula datang" Marah Qasrina.

"Kau yakin ke lelaki bunian tu kacak? Kalau perempuan bunian cantik tu biasalah dengar" Balas Ummu Salmah. 

Pada suatu malam sedang asyik mereka unggun api 🔥 sambil berbual bergelak. Ufairah membuat lawak seperti menyeru Putera bunian. Qasrina sangat memarahinya baginya dalam hutan tidak boleh celupar. 

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena berlaku letupan kuat atas pokok kemudian asap berkepul-kepul. Gedebuk bunyi seperti terjatuh sesuatu. Kelihatan seorang lelaki kerdil berpakaian seperti pahlawan Melayu.

"Hey kamu ni siapa ja?" Sergah Qasrina dengan kasar.

"Hamba Putera Megat Arjuna. Kamu semua ni siapa?" Soal Megat dengan ketakutan.

"Kau ni dari mana ha? Pakai pelik bercakap pelik? Pahlawan Rohingya ke? Tegur Ummu Salmah.

"Hamba dari kerabat diraja bunian dalam sebuah perkampungan di sini. Hamba diusir kerana kemelut perebutan takhta dalam keluarga" Jelas Megat.

"Bunian!!!!" Jerit terkejut serentak mereka bertiga. 

Ufairah seakan terpana lain yang dipinta yang sampai. Hendak tinggalkan begitu saja bimbang terkena sumpahan bunian. Ufairah tiada pilihan keesokannya semasa hendak pulang terpaksa bawa Megat ikut bersama.

Berlaku kekecohan dalam rumah Ufairah kerana menyangka Megat adalah jelmaan hantu 👻 air. Ufairah membawa Megat membeli pakaian baru. Ufairah dilihat seakan-akan terpaksa membela Megat. Pergi pejabat syarikat milik bapanya juga dibawa Megat. Megat dijadikan bahan lawak oleh budak budak pejabat.

Lama kelamaan Ufairah mula nampak kebaikan Megat setelah melihat Megat berjaya menyelamatkan dirinya dari dianiaya oleh musuh niaga bapanya. Haraz Hamidun mula rasa tidak senang dan tercabar mula melakukan bermacam-macam perkara namun semuanya berjaya dihalang oleh keluarga Megat yang memerhati dari jauh. 

Ufairah tekad mahu segerakan perkahwinan dengan Megat. Pada hari akad nikah Haraz Hamidun mula mengatur rancangan jahat namun dapat habuan oleh bapa Megat iaitu Haraz Hamidun tercirit berak dalam seluar dikhalayak ramai. 

Pernikahan Megat dengan Ufairah dibatalkan bapanya datang untuk membawa pulang kerana Megat tiada MyKad untuk bernikah dengan Ufairah. Berbeza lelaki manusia boleh bernikah dengan perempuan bunian kerana tidak perlukan MyKad dan wali. Sebab itulah perempuan manusia tidak pernah diculik oleh lelaki bunian kerana masalah wali. 

Sebelum berpisah mereka bermaaf-maafan dan berjanji akan kekal sebagai kawan baik selamanya. 

Mayat kanak-kanak dikerat ditemui dalam kotak

Seorang lelaki mengutip barang terpakai di tempat pembuangan sampah-sarap terkejut menemui kotak yang dibuang disangka mengandungi barang buangan rupanya mengandungi mayat kanak-kanak yang dikerat. Turut ditemui adalah serpihan kaca cermin solek yang terdapat kesan darah. Pembaris panjang yang patah juga tertulis nama mangsa yang dicam oleh bapa mangsa. Pihak polis sedang memulakan siasatan memburu suspek.

Sunday, August 24, 2025

Seminar Adalah Percutian

Bermukim di Pulau Pinang selama 5 hari 4 malam adalah sesuatu yang sangat mengembirakan. Kerana telah berjaya mencipta inspirasi baru sekaligus mood baru dalam berkarya 

Wednesday, October 8, 2014

TELEMOVIE KOMEDI KHAS AIDILADHA 2014 > HAJI TAK MABRUR

Assalamualaikum buat semua. Sempena Aidiladha 2014 Saya tampilkan hiburan terbaik buat anda seisi keluarga sebuah telemovie komedi

HAJI TAK MABRUR
Sabtu 11/10/2014
10 Malam
TV3


Dibintangi Ebby Yus,Hairi Safwan,Hanif Safuan
Penampilan Istimewa Ayda Jebat,Nur Risteena Munim
Dibantu Hamid Gurkha,Mak Jah,Azri AF,Nazri AF,Ustaz Nazri,Fendi Abu Seman
Arahan Pyan Screw
Skrip Zeck(Vion)
Penerbit Eksekutif Muhamad Norazhar Bobby
Penerbit Haji Fadzil Md Teh
Terbitan Zeel Production Sdn Bhd





Untuk memberi komen sila taip ‪#‎HajiTakMabrur (jarak) diikuti komen. boleh meninggalkan komen di twitter atau facebook atau di blog saya 



Untuk mengetahui perkembangan drama saya yang terkini boleh like page









Saturday, January 18, 2014

USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG - FILEM ISLAMIK TERBAIK







USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG. Berkesempatan menonton semasa dalam feri ke Langkawi Dec 2013. Pandangan peribadi merasakan ini adalah filem islamik terbaik kerana tiada watak perempuan. Bila tiada watak perempuan sudah pasti lari dari tema cinta dan tiada adengan bersentuhan antara bukan muhrim. Ceritanya simple dua sahabat yang jahil tak solat namun ada hala tuju. Tiada pun scene melompat dalam disko mabuk sampai merangkak dan berkepit dengan awek disko. Disampaikan dalam bentuk komedi yang santai berjaya menarik minat golongan muda dan sampai mesejnya. Seperti amalan sunnah nabi makan dalam talam secara berkongsi yang tak pernah ada dalam drama2 sebelum ini. 

Aku pun turut dapat mesej melalui cerita ini berbanding yang lain-lain tak dapat mesej apapun. Mungkin hati masih bebal waktu itu

Ada yang rasa tertipu sebab Ustaz Azhar Idrus hanya muncul scene akhir. Mungkin Ustaz tu tak reti dan tak minat berlakon sepenuhnya.

Ada yang boikot sebab penerbitnya cina. Jangan tengok penerbit tengok isinya. Bagaimana dengan Drama/Filem Islamik yang sedia ada sekarang dimana islamnya?


1 - TAJUK - Cinta Sejadah,Cinta Madinah,Cinta Kaabah,Cinta telekung,jubah,serban dan bermacam lagi yang pasti ada perkataan cinta. 

atau tajuk nama watak utama Ustaz/Ustazah...(Nama watak yang islamik) atau AKU BUKAN....(Nama wanita zaman nabi) entah berapa ratus tajuk AKU BUKAN.... 
Cerita sebeginilah yang aku cuba tampilkan sejak dulu lagi namun gagal menambat hati panel tv entah di mana silapnya. 

2 - NAMA WATAK - Adam Mukriz,Adam Danial,Lutfia Batrisya, Balqis,Qalisya,Khaisara 

3 - IMEJ WATAK - Hero berseluar slack hitam,baju melayu butang dan songkok atau berjubah berserban tasbih ditangan. Realitinya aku lihat member2 yang dulunya sekolah pondok/ada lulusan agama dari luar negara/ dari keluarga alim. Cuma pakai jeans t-shirt atau kameja ja. Masuk waktu terus solat 

4 - TUTUR DIALOG - Dialog skrip setiap kata diselit dengan petikan ayat quran dan hadis realitinya aku join ajk masjid/Member2 sekolah pondok tak ada pun mcmtu. Imam masjid kat rumah pun habis solat tasbih masuk poket sembang santai ja. 

5 - JALAN CERITA/ISU - Lebih kepada masalah cinta seorang jahil tapi kaya hidup dalam dunia korporat penuh maksiat ada masalah berebut saham tender. Yang alim soleh/solehah dok kampung naik basikal. Dipaksa kahwin dengan harapan boleh berubah dan dibimbing atau kecewa cinta bagi hadiah quran tasbih sejadah bertaubat tenang. Mesej cinta dengan yang maha esa lebih kekal. 

Kawan sekolah yang dah jadi Ustaz/Ustazah pun dah pakai honda jazz kat kampung 

Ada juga panel tv yang mahu watak putih realitinya mana ada lagi dah watak putih. Melainkan nabi kerana ada sifat maksom iaitu terpelihara dari dosa. Kelabu dengan hitam ada la zaman sekarang 


Persoalannya muda mudi hari ni dapat ke mesej dari cerita filem/drama/novel sebegini? 

Anda penonton bagaimana masih mahu menonton cerita yang sama sampai kiamat atau inginkan sesuatu yang baru dan verstyle 


Apapun aku dah bersedia untuk dibedal oleh semua 


Keluar dari lingkungan berfikir diluar kotak anda mampu berubah 


"Cetusan Ilham Karya Terunggul"

Tuesday, October 29, 2013

Anugerah Lawak Warna 2013 Astro Gempak : Sekadar Tercalon



PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)



SUSAN LANKASTER

TAJUK RANCANGAN: KELUARGA ISKANDAR

SCHA AL YAHYA

TAJUK RANCANGAN: JODOH



JASMIN HAMID

TAJUK RANCANGAN: BILA JOYAH MASUK TV

NORKHIRIAH

TAJUK RANCANGAN: MAK SANGGUP

SHEILA MAMBO

TAJUK RANCANGAN: KAMPUNG SEMARAH PADI

> Dimenangi oleh Jasmin Hamid - Bila Joyah Masuk TV (TV9)